Monday, March 30, 2009

Siapa bakal penuhi Kabinet Baru???

akum semua...kali ni aku nak tulis skit pasal politik...perhimpunan dan permilihan UMNO pun baru abis jer...banyak keputusan yang dijangka dan mengejutkan..kata2 kat bawah ni cuma pandangan aku jer....lain org lain laa dia punya pandangan...so jangan emosional sgt...

kemenangan KJ sbgai ketua pemuda mmg memanaskn hati aku...aku mmg xsuka gila gan mamat ni....Tetapi berlaku kekecohan sedikit sebelum pengumuman pemenang Ketua Pemuda. Tak tahu sama ada ia khabar angin, gosip atau benar. Wallahualam. Pada jam 10 malam, banyak suara berbisik, KJ mendahului Mukhriz dengan 60 undi. Tetapi setengah jam selepas itu desas desus tersebar luas mengatakan kononnya ada "recount" dan Mukhriz pula dikatakan menang. Tup-tup setengah jam selepas itu diumumkan pula KJ menang dan Mukhriz pula di belakang Khir Toyo yang hilang entah ke mana ketika pengumuman dibuat.Mukhriz kelihatan agak sugul tetapi menerima keputusan dengan semangat kesukanan. Bagaimanapun lebih kurang 100-200 penyokongnya ternyata tidak berpuashati dan melaung-laungkan "Khairy Rasuah." Tindakan mereka membangkitkan kemarahan penyokong Khairi. Kedua-dua penyokong bertikam lidah dan mujurlah polis bertindak cepat dan bijak mengawal keadaan. Khairy dikawal rapi ketika meninggalkan PWTC dan keadaan kembali normal. so aku pun tak tahu betul ker x kejadian tu..hanya tuhan jer yang tahu..kalau betul aku bersimpati kepada mukhriz...xper mukhriz aku tetap sokong hang..

keputusan2 yang lain tu aku malas nak komen sbb mmg dijangka...cuma aku 'kesian' tengok rafidah...dah boleh berhenti cara terhormat xnak..nak lawan jugak...emm kalah teruk laa jawab nyer...

so sekarang yang menjadi tanda tanya adalah saper yang bakal mengisi kabinet najib...Angin sepoi-sepoi bahasa juga menyampaikan berita beberapa menteri akan digugurkan, iaitu Datuk Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Datuk Azalina Othman dan Datuk Rais Yatim dan beberapa pertukaran portfolio akan berlaku.Dato' Seri Najib dijangka menyerahkan Kementerian Pertahanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. MITI pula akan diserahkan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menggantikan tempat Syed Hamid di Kementerian Dalam Negeri. kini tersebar pula desas-desus bahawa KJ tidak akan diberi sebarang jawatan Menteri, sebaliknya akan diarahkan menumpukan sepenuh perhatian kepada Pemuda UMNO.(Jika khabar angin ini benar, elok sangatlah tu).Ini hanya khabar angin. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu dan lihat! Tak percaya tak apa. Heh heh heh. Selagi belum ada hitam putih, khabar angin akan tetap jadi khabar angin. Jadi, janganlah ada yang emosional lah pulak.



#setengah2 fakta diambil dari Asam Pedas blog#

1 comment:

Anonymous said...

tolong la... KJ bukan pilihanku...