Saturday, January 17, 2009

Adakah cinta memerlukan sebab???

akum smua...dah lama aku x update blog aku ni...aku sedikit sibuk minggu ni dengan kerja dan lain2....post aku kali ni aku nak cakap sikit pasal cinta...mengapa sukar untuk kita melafazkn nyer...aku mengaku aku adalah salah sorang nyer....adakah kita takut, malu atau kita tiada rasa cinta itu..so aku nak ajak korang menghayati kisah ni...

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

oleh itu apabila seseorang tidak menyatakan yang dia mencintai kamu tidak semesti nya dia tidak mencintai kamu...malah mungkin cinta nyer lebih hebat dari kata2...tapi yang terlalu mudah menyatakan dia mencintai kamu lebih mudah juga untuk dia menyatakan dia sudah tidak mencintai kamu lagi...cuba anda renung2 kan...akum...

3 comments:

Sir Hanif Abd Nasir said...

kdg2 cinta perlu sbb..
sbb apa kte bcinta?

p/s : hang kena tag.. sila ke blog aku..

@yu.. said...

betul...
cinta & kasih sayang tak memerlukan sebab..
cinta lahir dlm hati tanpa dipinta & dipaksa..
Tapi ingatlah...cinta itu boleh membahagiakan & ia juga boleh menyakitkan..
ITULAH KEUNIKAN CINTA...

Anonymous said...

cinta??? terlalu subjektif..