so malam tadi kitaorang g tengok citer 'jangan tegur'...6 org kami...emm mmg patut jangan ditegur pun...member aku brail and the team biasa laaa....datang lambat,so aku tinggal tiket kat kuanter jer laaa...so aku gan ili jer masuk dulu...dah laa gelap xder org lak tu....starting jer filem ni dah macam sial....mayat nak hilang laaa...mayat nak bangun laaa...muka xleh tutup laaa...yang kat sebelah aku ni aper lagi....menjerit macam mayat tu duduk sebelah dia...(nasib bukan anne..kalau tak mmg lebam aku kena cubit..tampar..tumbuk...hehehehe)....mmg 1 panggung laa dengar dia menjerit...(tp b xrasa malu pun ayg jerit mcm tu...hehehehe..kalau xnak dengar org jerit tengok citer nabil laa)...citer ni xlaa seram sangat..tp terkejut nyer yg lain mcam..yg best nyer citer ni...dia punya terkejut tu dari mula sampai abis....sampai ader member aku tu..nak makan 1901 dia tu kena tunggu dlm citer tu siang..xtakut sgt..emm mcm2...
Title : Jangan Tegur
The Cast :
Julia Ziegler, Pierre Andre, Nadia Mustafar, Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Rozita Che Wan
Synopsis:
JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita.
Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.
Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.
Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua?I says:
bagi aku laa...citer ni ok jugak laa....jalan citer pun ok...tapi banyak benda yg mcm pelik skit...1st masa mayat tu...masa semua org baca yasin tu muka mayat tu xtutup pun...mesti pelakon tu nak enterframe jugak ni....pastu malam tu semua org pakat2 tido biar jer mayat tu kat tengah umah sorang2..mmg xlogik laa....pastu almy nadia tu malam2 buta g hutan pakai make up...siap gincu..power btul...
My star rating:
Overall:
Cast:
Plot:
Effects:
No comments:
Post a Comment