Friday, May 29, 2009

ketawa mengubat duka....

kejor mokcik kejor..

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah viva silver tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada perempuan tua yang berdiri di sebelahnya, pemilik viva silver tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta celica berhenti di sebelah viva tadi.

"Ada apa nie makcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap makcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta makcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau makcik rasa awak bawak laju makcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok makcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta viva didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper celicanye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi makcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah evo7.5 datang dari belakang dan press minyak kat mamat celica. apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar evo7.5 nie...lupa la pulak dia dengan viva makcik yg diikat kat belakang kereta dia.

Makcik tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat celica tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah evo7.5, sebuah celica dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah viva silver dipandu seorang makcik tengah cucuk angin celica tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!


nyiru siott...

Pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat ke dalam hutan.

Mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli yang makan manusia (kira macam cerita cannibal holocaust ler ni).

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan.
Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.

Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah tempatan dalam masa sejam. Ah.. nie simple punya keje.. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia! Kalau dia boleh bertahan, kita lepaskan.. Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua.

Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan? tanya roh pertama.

Jawab roh yang kedua, Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa BUAH DURIAN!!!

No comments: