Saturday, June 20, 2009

Jika...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Sunday, June 14, 2009

Jejaka JUN..

menurut dr Fadilah Kamsah...ni laa ciri2 org lahir bulan jun...emmm boleh kata banyak yang betul kot....hehehehe

* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema.
* Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Friday, June 12, 2009

My Birthday Wish

ni aku curi kat blog cik epa...memandangkn birthday cik epa n incik bond beza sehari jer...so aku pun nak buat wish ni jugak...hahahaha

Senaraikan benda2 yang korang nak time birthday korang. Dan setiap benda yang korang nak tu, sila sertakan bersama gambar sebagai bahan rujukan.

NO 1- Honda Civic Type R


best nyer kalau boleh dapat keta ni...tp kalau xdapat type R yang biasa pun ok...hehehe..type R ni harga dalam 200 ribu..klau yg biasa dlm 130 ribu jer..heheehe..


NO 2 - Set Golf Taylor Made R9
bertuah nyer aku kalau ader yang hadiah kn set golf idaman aku ni..xmahal pun...RM 6000 ++ jer kot..hahaha...xmahal kn...



NO 3- Jam Tangan Tag Heuer

aku mmg minat gila gan jam sebenarnya...tapi tu laa nak beli xmampu lagi..dah laa minat nyer jam mahal2 jer..tag heuer ni aku rasa dlam 20 ribu kot...bila laa aku layak nak pakai yer....


NO 4 - Jersi Man Utd



jersi man Utd...kalau dapat yang ori nyer kan best...bukan xnak beli sendiri..tapi paham2 laa size xder..hehehehe...xper nnt aku g sana beli yg saiz US..hahahaha...harga dalam RM 259 jer...

NO 5- Trip ke Eropah

bertapa indah nyer kalau dapat g holiday ker eropah bersama yang tersayang...hehehehe..terima kasih laa kalau ader yang sudi menaja..hahaha..alaa RM 10 jer...heheehe


NO 6- iphone.


aku pun xtau laa aper yang hebat sgt iphone ni...tp bila dah promosi dia kata hebat sgt nak jugak try pakai...hehehehe..harga RM 2 ribu lebih kot...murah jer tu..hahahaha

NO 7- percutian dengan Kapal Mewah


wahh...seronok nyer kalau dapat naik kapal mewah mcm ni...alaa RM 3-4 ribu jer...hhehehehe

NO 8- Tiket Man Utd vs Malaysia


memandangkan man utd nak datang malaysia july ni...adalah bertuah nyer kalau ader yang sudi hadiahkn tiket game tu nnt..hehehe..harga dalam RM 200 ++...hehehehe




Thursday, June 11, 2009

Blogger Award From Cik Epa

incik bond dapat award from cik epa. terima kasih memberi award your blog is cool!!

Korang rasa blog korang cool?
cool ker...entah laa..aku mana boleh menilai sendiri...aku just ikut mood aku jer buat blog ni...

Ape tagline blog korang?
Takde yang istimewa sangat aku ni...tp kira ok laa jugak...tak kenal maka xcinta...saper dah kenal aku mesti kata aku sempoi punya laa...yang belum kenal tu..kenal2 laa yer...yang dah kenal tu...rapat2kn....'don't judge a book by the cover'.....judge the book by the price la..hehehe
Berapa kerap anda menukar theme blog korang?
jarang..sebab aku mlas skit nak tukar2 theme ni..dulu rajin laa...hehehe

Bagaimana korang menjerumuskan diri dlm dunia blogger?
sejak member2 semua dah ader blog sendiri...so aku pun xnak tertinggal dalm dunia IT sekarang ni...so xder laa orang kata aku ni tertinggal 'bas'...hehehe

Sape sifoo anda?
sifoo??? xder kot...aku just ikut aku punya style jer...

Senaraikan top 5 blog2 yg anda rasa cool..
http://ayuhussain.blogspot.com/
http://whut-da-heck.blogspot.com/
http://nelfi-neko.blogspot.com/
http://bearbeary.blogspot.com/
http://epagroove.blogspot.com/

Tuesday, June 9, 2009

Saja suka-suka

1. If you can be an animal, what will u be?

kalau laa yer...emm mcm best jer kalau boleh jadi helang...terbang dengan megah nyer..org kata pandang lah dari mata burung helang...pemangsa yg hebat...




2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?

emmm..mcm2 sebenar nyer aku nak buat..1st..beli keta idaman aku..BMW 5 series..2nd aku nak pusing dunia dalam masa 80 hari..hehehe..nak beli team Man Utd dari Glazer..emm mesti korang kata aku ni tamak sbb smua nyer untuk aku...kenapa xbagi orng miskin anak yatim...jawpan nyer mudah..kalau aku baik mcm tu xder makna nya aku g rompak bank....


3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?

aku rasa aku lagi selesa duk kat malaysia ni...sbb boleh cakap melayu jer xpayah nak berbelit lidah cakap mat salleh...hehehe..xder laa...biar duk mlaysia tapi selalu g travel tempat org..lagi best mcm tu...hehhee



4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?

dah tahu nak mati still ader selera nak makan ker...ini dah kira macam dalam penjara...hehehe



5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?

emm..xbaik tau bunuh2 orng ni...blum terpikir lagi nak bunuh orng...

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?

kalau aku laa...better more than24 hour..sebab..kalau hidup seratus tahun pun kalu tua nak jalan pun xlarat xguna jugak...so biar lebih 24 hour and still young...hehehe..tapi aku rasa 24 hour mcm skrg ni pun dah cukup kalau kita pandai gunakn nyer...



7. If you can date celebrities, who is that person? why?

emmm soalan menarik ni..saper yer...jessica Alba ok x??sbb aku rasa dia sweet sgt tambah2 time dia berlakon citer goodluck chuck ...





8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?

happiness...kalau aku ader yg ni smua benda dalam dunia ni aku boleh miliki..

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?
to all my follower...sbb dah tentu diaorng2 ni jer yg baca bolg aku ni..hehehe

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Pengantin Baru...

akum semua...memandangkan cuti sekolah dah mula ni...so banyak laa kad jemputan kawen yang sampai kat umah ni...dan time cuti ni laa ramai sangat member2 aku yang naik pelamin...sampai aku pun xtau nak pegi yang mana satu...banyak sangat tarikh bertindih....walaupun aper pun aku ucapkan "Selamat Pengantin Baru"...selamat 'melayari bahtera'...hehehehe...

6 JUNE
- Zarith Mustapha - kat kepong - member masa Pra Sains..

7 JUNE
- Mohd Azwan - kat Jeram - member masa Unisel...(dah dapat ker belum???hehehe)
- Mohd Adham - kat Sg Petani - member masa teknik TARP...
- Mohd Zaki - kat Sg Bakap - member masa sekolah rendah...

14 JUNE
- Mohd Zamri - kat Sg Bakap - member masa Teknik TARP...
- Radiatul Nur - kat Ipoh - member masa Pra Sains n KPTM...

so kalau aku xdapat datang tu bukan laa aku sengaja..mmg banyak sangat kenduri..tu blum masuk kenduri sedara mara lagi...emmm dpt laa nak diet..asyik makan jer..hahahaha...ok laa..akum..

Friday, May 29, 2009

ketawa mengubat duka....

kejor mokcik kejor..

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah viva silver tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada perempuan tua yang berdiri di sebelahnya, pemilik viva silver tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta celica berhenti di sebelah viva tadi.

"Ada apa nie makcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap makcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta makcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau makcik rasa awak bawak laju makcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok makcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta viva didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper celicanye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi makcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah evo7.5 datang dari belakang dan press minyak kat mamat celica. apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar evo7.5 nie...lupa la pulak dia dengan viva makcik yg diikat kat belakang kereta dia.

Makcik tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat celica tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah evo7.5, sebuah celica dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah viva silver dipandu seorang makcik tengah cucuk angin celica tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!


nyiru siott...

Pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat ke dalam hutan.

Mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli yang makan manusia (kira macam cerita cannibal holocaust ler ni).

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan.
Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.

Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah tempatan dalam masa sejam. Ah.. nie simple punya keje.. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia! Kalau dia boleh bertahan, kita lepaskan.. Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua.

Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan? tanya roh pertama.

Jawab roh yang kedua, Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa BUAH DURIAN!!!